USLUB AMAR HAKIKI
- RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
- NOTA
- LATIHAN 1
23 FEBRUARI 2011
USLUB AMAR MAJAZI
- RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
- NOTA
- LATIHAN 2
Langkah/ Masa | Kandungan | Aktiviti | Alat Bantuan Mengajar |
Set Induksi | Guru meminta pelajar membuat ayat mudah daripada fiil amar. | Pelajar membaca dengan lantang ayat yang telah mereka bina. | Pen dan kertas. |
Sesi Pengajaran | -Guru menjelaskan kaitan tajuk mata pelajaran dengan aktiviti yang baru dilakukan. -Guru menerangkan pengertian uslub amar hakiki dan bahagian-bahagiannya. -Guru meminta pelajar membentangkankan kembali bahagian-bahagian uslub amar hakiki serta menyertakan contoh ayat baru bagi setiap bahagian. -Perbentangan dilakukan mengikut kumpulan masing-masing. | -Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan. -Pelajar berbincang dalam kumpulan masing-masing bahagian-bahagian uslub amar hakiki. -Kemudian pelajar membentangkan bahagian-bahagian uslub amar hakiki dan contoh ayat mengikut kefahaman masing-masing. -Guru membetulkan jika terdapat kesalahan dalam perbentangan mereka. -Guru mengarahkan pelajar menyiapkan latihan yang diberi untuk diserahkan esok hari. | -Buku teks, papan putih, kertas kajang dan pen. |
Refleksi | -Pelajar dapat memahami dengan jelas bahagian-bahagian uslub amar hakiki. -Pelajar dapat membezakan antara bahagian-bahagian yang terdapat dalam uslub amar hakiki. -Pelajar dapat membina ayat baru bagi bahagian-bahagian uslub amar hakiki. |
Langkah/ Masa | Kandungan | Aktiviti | Alat Bantuan Mengajar |
Set Induksi | Guru menyebut 3 arahan yang tekandung fiil amar. | Pelajar melakukan ketiga-tiga arahan guru secara beramai-ramai. | Meja,kerusi,pen,kertas dan papan putih. |
Sesi Pengajaran | -Guru menjelaskan kaitan tajuk mata pelajaran dengan aktiviti yang baru dilakukan. -Guru menerangkan pengertian uslub amar majazi dan bahagian-bahagiannya. -Guru meminta setiap kumpulan memberi satu contoh ayat mudah dalam salah satu bahagian uslub amar majazi. | -Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan. -Guru meminta salah seorang wakil kumpulan tampil ke hadapan membaca satu contoh ayat uslub amar majazi. -Guru mengarahkan pelajar menyiapkan latihan yang diberi untuk diserahkan esok hari. | -Buku teks dan papan putih. |
Refleksi | -Pelajar dapat membina ayat bagi setiap bahagian uslub amar majazi. -Pelajar dapat membezakan antara bahagian-bahagian yang terdapat dalam uslub amar majazi. -Pelajar dapat membaca bahasa arab dengan lancar. |